Wednesday, January 11, 2012

44
jeritan tanpa suara

jom sekolah!

Baju sekolah baru.
Tudung sekolah baru.
Kasut sekolah baru.

Semuanya baru. Emak jahit sendiri. Emak buatkan sarapan ubi rebus cicah gula. 

"Assalamualaikum! Dill! Ooo Dill!" kedengaran suara terjerit-jerit dari luar. Dill kenal dah suara siapa. Cepat-cepat dia bersalam dan mencium pipi Emak.

Orlando sudah tercegat di luar rumah. Segak dengan baju sekolah baru. Tahun ini Dill dan Orlando naik darjah 3. Masing-masing sudah tidak sabar lagi nak berjumpa dengan kawan-kawan.

Sampai sahaja di kelas, mereka mengambil tempat masing-masing. Kelihatan ada seorang budak baru dalam kelas. Dia dikerumuni oleh kawan-kawan kelas yang lain. Dia sempat memandang Dill dan memberikan senyuman manis. Dill membalas senyumannya. Dari kejauhan ada yang cemburu. 

Tiba-tiba budak itu bangun dan mendekati Dill.

"Hai! Nama saya Azrizal. Nama awak apa?"

"Panggil kite Dill je. Die Orlando," jawab Dill sambil menunjuk ke arah Orlando. Orlando yang kebetulan sedang memandang Azrizal dan Dill cuba membuat selamba.

"Hai Orlando. Saya Azrizal," tegur Azrizal.

"Gua Orlando. Baru pindah ke?"

"A'ah. Ayah pindah kat sini," jawab Azrizal. Fokusnya kembali pada Dill. "Dill, nanti jom rehat sama nak?"

Dill tersengih. Orlando buat muka.

Waktu rehat Azrizal duduk sebelah Dill. Masing-masing makan nasi lemak. Orlando tak turut sekali. Diet katanya.

Berbunyi sahaja loceng terakhir, Orlando terus keluar kelas tanpa menunggu Dill. Berlari-lari Dill mengejar.

"Wei! Kamu ni kenapa? Jalan laju sangat. Letih orang kejar."

Orlando diam.

"Kamu dah bisu ke?" usik Dill.

"Lu pergilah balik sama-sama dengan Azrizal tu. Buat apa balik dengan Gua lak?"

"Eh! Kamu jeles ye?"

Orlando terus lari laju-laju.
credit: Google


boleh salin atau copy sebarang ayat atau entri di sini. tetapi mesti acknowledge dill^^




44 orang ♥ dilla:

Original CikTeddy said... [Reply]

ececeh..jeles tu..huhu

orlando ahmad abdullah said... [Reply]

mesti la jeles hahahhaa

syafiqakarim said... [Reply]

hahah aww..abam majuk kejelesan da.
hahah

Tukang Karut said... [Reply]

aku pulak yang semakin jeles ni...

KaK LimAh Si SupiR said... [Reply]

ehem3..orlando jeles :P

Anis Mohd said... [Reply]

hahahaa
comell

eita said... [Reply]

jeles tu tanda sayang kan..

anamizu kaito said... [Reply]

ehem~ cik abg jeles..hehe





luv,
cik ana

blog-tips-kurus said... [Reply]

bunga bukan sekuntom..
Qasrina bukan seekor.. (",)

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Hehehe....Majuk Itu Sweet....

ABU said... [Reply]

merajok pulak orlando..

Liyana Zahim said... [Reply]

Ticer nanti soklan paper bi share2 tau.. Sy nak rasuah ticer ni.. Emas habib 9 karat.. Mau x ticer? Herherher..

asip محمد said... [Reply]

huh? pulak dah.. orlando tu kalau kongsi dengan gua nak? kemain romentik lagi haa.. gehahaha

Juliet_iRa~" said... [Reply]

orlando jeles la tu...

jeles tanda syg dill

;p

~SaL IjOu~ said... [Reply]

jelez itu perlu~ ;p

eyqa amin said... [Reply]

waiseimen~~~~~~
dlm diam yerk....heheh:p

delarocha said... [Reply]

orlando diet???? biar betulll... bukan dia kuat makan ke? hahaha

Eyka said... [Reply]

ololololoolo..kiutnyer blak dy..kiteew jeles ahh cenni..keh keh keh :P

Ikan_Pari@@ said... [Reply]

churp2

hitamanis said... [Reply]

comelll gileee.. mesti ko heppy kan die jelesss

Suhami Ahmad said... [Reply]

aww...terkedu orlando jeless....(tangan ke bahu mata ke atasss)

khaifaiz said... [Reply]

sedikit sweet di situ

Ct Aja said... [Reply]

hihihiih, kecik2 dah pandai jeles ye..

Wen said... [Reply]

aaaww sweet gitu hehhee

Titisan Hujan said... [Reply]

kunun macho tp hati kecik

Asrul "iLham" Sany said... [Reply]

oh, lando :D

Juliet_iRa~" said... [Reply]

dill!

smpai hatimuuu tak nak beritahu ira yea..huu..

merajuk...;p

silaa approve Nadhirah Mohd Sarifuddin di facebook..

harap maklum.

aziekz said... [Reply]

hee,cute la dill ngan orlando neh.

hanaahmad said... [Reply]

hahaha. ini win! padan muka Lando. ;p

Kazen said... [Reply]

hahaha menarik ! template n font blog nie pun menarik :)

littledolphin said... [Reply]

hehehe comelnya jealous dia!

nitnot said... [Reply]

kemanisan terserlah disitu ye kakak . Hihi , comel jee .

semutsengal said... [Reply]

eiiuuuwww,

azrizal cakap :

orlando jeles ! orlando jeles !

Zuemiey Khairuddin said... [Reply]

darjah 3 dah start minat...?
sekarang darjah?
wahh..osem~!

ghost writer said... [Reply]

aku cuba bayangkan bro Orlando tuh memakai baju sekolah dalam bentuknya yang ada sekarang.aku rasa nak menangis tergelak nanti.. :)

Addin said... [Reply]

awww :)

bila cemburu mendatang. haha

rindu.

si ngokngek said... [Reply]

budak darjah tiga mmg pandai cemburu..

orlando pandai cemburu,aiyakkk manyak cute maa..HAHA

Bulan Syurga Firdausi said... [Reply]

flw cni :) mmm jeles...hehe

Juliet_iRa~" said... [Reply]

kakak dill!

sorry baru tahu akk ni tua dr ira..hee

sorrryyyyyyyy :D

Apik Pehe said... [Reply]

hehehe..tau pun jeles

Bella Bell said... [Reply]

ok fine. comel betei orlando merajuk. hahaha.

hani said... [Reply]

entri yang comel comel comel
sweet sweet sweet
sampai sakit gigi bacanya
hehe...

amir aizat said... [Reply]

jeles ? sayang lattew, hehe

chemay said... [Reply]

comelnye orlandooooooo
<3

buku tetamu

tolong tinggalkan alamat blog anda. dill akan cuba sedaya-upaya untuk menjenguk blog anda semula. terima kasih ^^