Friday, February 17, 2012

28
jeritan tanpa suara

skodeng

Adila sedang sibuk mengemas fail-fail berdekatan kaunter pejabatnya. Ada juga beberapa pekerja lain berlegar-legar di sekitarnya. Dua orang daripada mereka berdiri betul-betul di hadapan Adila, Ramlan dan Norehani.

Ramlan seorang lelaki berusia lewat 40-an, berbadan gempal dan rambutnya sudah menipis manakala Norehani seorang wanita vogue. Juga berusia seperti Ramlan, mulutnya seperti burung murai. Potpetpotpet.

Tersenyum Adila memikirkan hasil analisanya tentang mereka berdua. Adila melihat Ramlan sedang tekun menulis dan Norehani sibuk menggeledah kertas-kertas di kaunter. 

"Eh, Lan! Ko nampak lagi bile menulis? Tak payah pakai spek!" tegur Norehani. Dia terperasan yang Ramlan tidak memerlukan cermin mata ketika menulis. Selalunya bila umur sebegitu, kebanyakan kita-kita ini sudah memakai cermin mata.

"Oh, mesti la elok lagi. Rajin skodeng kan," jawab Ramlan.


Norehani tergelak besar. Mereka berdua menyambung cerita tentang skodeng. Hampir kesemuanya tentang perkara yang tidak sesuai didengari oleh umum.

Berdesing telinga Adila pabila dia terpaksa mendengar cerita-cerita kotor dari kedua rakan sekerjanya. Terasa telinganya mahu keluar nanah.

"Daripada skodeng yang bukan-bukan, lebih baik skodeng Al-Quran. Ada jugak faedahnya"

Tiba-tiba suara Adila memecah suasana. Gelak-gelak Ramlan dan Norehani terhenti. Mereka berdua memandang Adila. Adila buat tidak tahu. Tangannya laju menyusun fail-fail miliknya. Norehani sambung gelak. Ramlan tersengih kambing.

Adila puas. Padan muka.


boleh salin atau copy sebarang ayat atau entri di sini. tetapi mesti acknowledge dill^^




Tuesday, February 14, 2012

26
jeritan tanpa suara

kamu.

:lagu ni untuk promosi je. hehe:

Pabila aku menonton Aiman dalam Vanilla Coklat, aku teringatkan kamu.

Ya..KAMU.


boleh salin atau copy sebarang ayat atau entri di sini. tetapi mesti acknowledge dill^^




buku tetamu

tolong tinggalkan alamat blog anda. dill akan cuba sedaya-upaya untuk menjenguk blog anda semula. terima kasih ^^